Capaian Pelajar / Bakal Pelajar

Senarai Kursus/Program Yang Ditawarkan

 

Kursus Teras (Tempoh Kursus : 18 Bulan)

1. Pengurusan Pejabat
2. Jahitan (Pembuatan Pakaian Wanita)
3. Elektrik
4. Pembuatan Anggota Tiruan (Prostetik & Ortotik)
5. Pembuatan Kerusi Roda & Alat Bantuan Sokongan
6. Lukisan
7. Membatik

Kursus Elektif (Tempoh Kursus : 2 hari ke 2 minggu)

1. Kulinari (2 hari)
2. Housekeeping (2 hari)
3. Agama & Moral (Setiap hari)
4. Grooming / Etiket (3 hari)
5. Keusahawanan & Perniagaan (3 hari)
6. Multimedia (5 hari)
7. Fotografi (5 hari)
8. Kursus Asas Komputer & Microsoft Office (3 hari
9. Kursus Ternakan Ikan Air Tawar (2 hari)
10. Kursus Pembuatan Software Android (2 minggu)
11. Servis Penghawa Dingin (1 minggu)
12. Kursus Membaiki Telefon Bimbit (2 minggu)
13. 3D Design (1 minggu)
14. Pengucapan Awam (3 hari)
15. Kursus Bahasa Isyarat (5 hari)
16. Smart English (1 minggu)
17. Kursus Asas Animasi (7 hari)
18. Kursus Kesukarelaan (3 hari)

** Kursus Elektif tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

Senarai Kemudahan Terdapat Di PLPP


1. Kolej Kediaman Pelajar
2. Surau Al-Hidayah
3. Dewan Perdana
4. Bilik Mesyuarat
5. Bilik Taklimat
6. Sukan Para
7. Kompleks Sukan
8. Internet & Wifi
9. Fasiliti Mesra OKU
10. Galeria OKU
11. Makmal Komputer
12. Foyer Maklumat PLPP
13. Perpustakaan
14. Hidroterapi

Kalendar Kursus/Program PLPP


1. Kalendar Kursus/Program PLPP Bagi Tahun 2018
2. Kalendar Kursus/Program PLPP Bagi Tahun 2017
3. Kalendar Kursus/Program PLPP Bagi Tahun 2016

Pertanyaan & Maklumbalas


1. Semakan Pendaftaran Pelajar Sesi 2018
2. Semakan Keputusan Kursus/Program
3. Sistem E-Maklumbalas PLPP

Soalan Lazim/FAQ


1. Bagaimanakah caranya untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja sukarela?

1.Mencari maklumat mengenai organisasi sukarela dan peluang, bidang serta tugas sebagai sukarelawan.
2.Memilih bidang yang diminati dan golongan yang ingin dibantu bersesuaian dengan kebolehan dan kemahiran diri.
3.Menentukan cara dan waktu untuk melakukan kerja-kerja sukarela di samping tugas-tugas dan tanggungjawab lain.
4. Perkara-perkara lain yang perlu dipertimbangkan juga ialah latihan, kepuasan terhadap tugas tersebut, turut melibatkan ahli keluarga dan lain-lain.


2. Bagaimanakah cara untuk memohon menjadi sukarelawan JKM?

Permohonan boleh dibuat dengan hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) / Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan (PKMJ) ATAU Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (bagi negeri yang tidak mempunyai PKMD/ J iaitu WP Kuala Lumpur, WP Labuan, wp Putrajaya dan Perlis) mengikut alamat yang terdekat dengan alamat tempat tinggal.

 

Borang permohonan juga boleh dimuat turun melalui portal ini.
(sila klik di sini untuk muat turun Borang Permohonan Sukarelawan)
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Komuniti, Cawangan Kesukarelaan

Mengapa Orang Kurang Upaya (OKU) digalakkan mendaftar dengan JKM?

Sebab utama adalah seperti berikut:

1.Supaya kerajaan dapat mengetahui bilangan sebenar dan taburan OKU di negara ini bagi maksud perancangan perkhidmatan, program pemulihan, intervensi awal, pencegahan, latihan dan pendidikan.
2.Supaya kerajaan dapat merancang kesesuaian program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya.
3.Supaya kerajaan dapat menyediakan kemudahan-kemudahan yang bertepatan dengan OKU.
4.Supaya kerajaan dapat mengenalpasti OKU mengikut jenis-jenis kecacatan atau sebagai kad pengenalan diri bagi mereka berurusan dengan pihak-pihak berkenaan.
5.Supaya OKU dapat menggunakan kemudahan-kemudahan dan keistimewaan oleh kerajaan.
6.Supaya OKU mendapat maklumat program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya.


Adakah pendaftaran OKU wajib?

Jawapan:

Pendaftaran OKU adalah atas dasar sukarela dan hanya untuk warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia. Agensi yang terlibat dalam pendaftaran adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Adakah perkara berkaitan pendaftaran OKU boleh dilakukan secara on-line sepenuhnya?

Jawapan:

Tidak. Sehingga sekarang permohonan pendaftaran OKU hanya boleh dibuat secara online menerusi SMOKU sehingga tahap pengisian borang. Borang yang diisi perlu dicetak dan dibawa kepada pegawai perubatan untuk pengesahan.


Apa itu SMOKU?

Jawapan:

Sistem Pengurusan Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU) merupakan sebuah sistem yang dibangunkan bagi semua aktiviti yang merangkumi pengurusan Orang Kurang Upaya (OKU) termasuk permohonan bagi pendaftaran OKU.
Mulai 1 Ogos 2011, pendaftaran OKU telah dilakukan melalui Sistem Pengurusan Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU). SMOKU dibangunkan untuk memudahkan proses pendaftaran dan pengurusan Orang Kurang Upaya (OKU) dan sebagai sistem penyimpanan maklumat OKU bagi kegunaan pendaftaran OKU (peringkat PKMD).
Modul SMOKU (Fasa I) merangkumi Pendaftaran OKU, pemadanan kerja, pemadanan kursus/latihan dan laporan / statistik. Manakala Modul SMOKU (Fasa II) meliputi perluasan pengeluaran dan percetakan Kad OKU ke 15 negeri seluruh Malaysia;

 

Lain-lain Soalan Lazim