Majlis Qurban Hari Raya Aidiladha 1438H

Majid Qurban Hari Raya Aidiladha 1438H di Surau Al-Hidayah, PLPP Bangi

 

MAJLIS QURBAN DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL ADHA 1438H

PLPP Bangi telah mengadakan Majlis Qurban dan Sambutan Hari Raya Aidiladha peringkat negeri pada hari Isnin yang lalu bertempat di Surau Al-Hidayah, PLPP.

Majlis ini diadakan pada hari terakhir bagi hari Tasyrik bersamaan dengan 13 Zulhijjah 1438H.

Acara dimulakan seawal jam 7.30 pagi dengan sembelihan haiwan Qurban dan diikuti dengan pengagihan daging Qurban kepada anggota yang beragama Islam selepas majlis tazkirah pendek dan solat zohor.