Bilik Mesyuarat yang didekorasi dengan cukup indah,dengan tema bilik yang berbeza dan mempunyai mikrofon, projektor dan skrin projektor untuk kemudahan semasa mesyuarat sedang dijalankan.

 Kemudahan bilik taklimat yang selesa dan kondusif.

Dewan yang luas dilengkapi dengan penghawa dingin memberikan keselesaan kepada tetamu yang hadir. Boleh menempatkan lebih kurang 200 tetamu yang hadir dalam satu-satu masa.

Senarai Pengangkutan Mesra OKU

Pelbagai jenis pengangkutan mesra OKU telah dicipta selaras dengan peredaran masa

Foyer maklumat PLPP yang memberikan pendedahan mengenai PLPP berserta galeri gambar yang menarik tentang aktiviti-aktiviti yang telah diadakan di PLPP.

Sudut ruangan yang memaparkan gambar-gambar yang menarik dan terkini.

Wifi

Kemudahan internet dan wifi yang berkelajuan tinggi, sesuai untuk semua jenis sesi aktiviti dan pembelajaran

Penginapan Pelajar

Asrama terbahagi kepada Blok Lelaki dan Wanita boleh menampung kapasiti 150 penghuni bagi setiap blok.

 

Kompleks Sukan & Gym

Pelbagai jenis kemudahan untuk senaman dan rekreasi seperti kompleks sukan, gelanggang bola dan gym.

Makmal computer yang dilengkapi dengan perkakasan dan perisian computer bersesuaian dengan kurikulum semasa serta bilik dilengkapi dengan penghawa dingin bagi memberikan keselesaan kepada pelajar.

Perpustakaan

Perpustakaan PLPP Bangi berperanan  untuk memberi sumber maklumat kepada kakitangan Jabatan dalam meningkatkan pengetahuan kaliber dan ikhtisas mereka.

Akademi latihan sukan kepada orang kurang upaya (OKU) khususnya bagi sukan bola jaring kerusi roda, sukan ragbi kerusi roda dan bola tampar.

SURAU AL-HIDAYAH PLPP BANGI

Bukan sekadar melaksanakan ibadat solat yang bercirikan mesra OKU semata-mata tetapi ia berfungsi sebagai pusat kegiatan Pendidikan Islam di PLPP Bangi