SENARAI BAHAGIAN DI PLPP BANGI

OBJEKTIF BAHAGIAN

A) UNIT PENTADBIRAN AM

  1. Unit ini bertanggungjawab dalam pengurusan pentadbiran am yang merangkumi penyimpanan kod/fail/dokumen
  2. Urusan surat keluar masuk/pos/faks, pengendalian kenderaan pejabat, penyelarasan penggunaan dan penyewaan kemudahan
  3. Penyelarasan permohonan keluar-masuk kuarters, penyelarasan Pusat Sumber dan pengurusan perkhidmatan kaunter dan telefon

B) UNIT SUMBER MANUSIA

  1. Unit ini bertanggungjawab dalam pengurusan Sumber Manusia yang merangkumi perancangan dan pengendalian keperluan perjawatan
  2. Pengendalian urusan kenaikan pangkat, penanggungan, pemangkuan serta pengurusan prestasi
  3. Pengendalian pentadbiran HRMIS, hal ehwal tatatertib, perisytiharan harta, penilaian prestasi tahunan
  4. Pengemaskinian laporan perjawatan dan carta organisasi serta carta fungsi dan Urus setia Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) dan Panel Pergerakan Gaji

C) UNIT KEWANGAN DAN PEROLEHAN

  1. Mengawal perbelanjaan mengurus dan pembangunan
  2. Menyediakan dan menyelia Akaun Amanah
  3. Mengurus pindah/waran peruntukan, penerimaan hasil, penyelenggaraan wang panjar, pendaftaran bil, penyelenggaraan buku vot, penyediaan penyata penyesuaian, pembayaran bil, gaji, emolumen serta elaun
  4. penyelenggaraan urusan pelupusan dan hapus kira, pemverifikasi stok dan urus setia Jawatankuasa sebutharga/tender

D) UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT

  1. Merancang pembangunan penggunaan sumber teknologi maklumat
  2. Melaksana aktiviti berkaitan pengoperasian dan penyelenggaraan perkakasan dan perisian
  3. Menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal terhadap aduan kerosakan yang melibatkan sistem dan perkakasan ICT
  4. Memantau sistem dan aplikasi mematuhi tahap kualiti dan standard yang ditetapkan

Muat turun carta organisasi bahagian

OBJEKTIF BAHAGIAN

  1. Memberi kemudahan dan perkhidmatan kepada pelajar dalam aspek akademik dan kemahiran
  2. Merancang dan membantu pelajar untuk perkembangan serta kemajuan ko-korikulum dan sosial
  3. Merancang peningkatan kemahiran dan kualiti akademik tenaga pengajar
  4. Menyediakan kepelbagaian latihan untuk pelajar bagi meningkatkan akhlak dan sahsiah diri
  5. Menyediakan sumber dan peluang untuk peningkatan hidup pelajar dimasa hadapan

Muat turun carta organisasi bahagian

OBJEKTIF BAHAGIAN

A) UNIT HEP

  1. .......
  2. .......
  3. .......

B) UNIT DOMESTIK

  1. .......
  2. .......
  3. .......

OBJEKTIF BAHAGIAN

A) UNIT PEMULIHAN CARA KERJA

OBJEKTIF UNIT 

Menyediakan rawatan pemulihan untuk membantu pesakit mencapai, mengekalkan dan meningkatkan tahap kefungsian dan keberdikarian dalam kehidupan seharian secara optimum.

BILIK MULTISENSORI

Kepentingan bilik multisensori:

  1. Merangsang perkembangan minda kanak-kanak berkeperluan khas menerusi 5 rangsangan asas (penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa serta rangsangan sendi).
  2. Mengurangkan stress
  3. Relaksasi, eksplorasi dan ekspresi diri
  4. Memberi kelegaan kepada pesakit yang takut dan kronik.

B) UNIT PEMULIHAN FISIOTERAPI

OBJEKTIF UNIT

       1. Untuk memberikan rawatan kepada:

  • Pelajar PLPP yang memerlukan pemulihan Fisioterapi
  • Pelajar yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan dan ahli Fisioterapi hospital

       2. Sebagai tempat praktikal bagi pelatih-pelatih Diploma Fisioterapi kolej kerajaan atau kolej swasta.

RAWATAN YANG DISEDIAKAN

  1. Terapi Senaman (Exercise Therapy)
  2. Terapi Elektro (Electrotherapy)
  3. Terapi Panas(Hot and Cold Therapy)
  4. Hidroterapi (Hydrotherapy)

HIDROTERAPI ( Hydrotherapy): 

Teknik rawatan yang menggunakan medium air yang memberi daya apungan pada tubuh badan seseorang pesakit. Suhu air kolam hidroterapi di antara 33 hingga 37 darjah Celcius.

Kebaikan rawatan hidroterapi :

  1. Air panas hidroterapi dapat melancarkan peredaran darah dalam badan yang dapat mengurangkan sakit pada sendi dan dapat melembutkan otot-otot badan.
  2. Daya apungan air dapat menyokong berat badan seseorang dan dapat meningkatkan daya pergerakan seseorang semasa rawatan senaman.
  3. Air mempunyai daya halangan(water resistance) pada tubuh dimana dapat menguatkan otot badan.

C) UNIT PERUBATAN

      1. .......
      2. .......
      3. .......

MISI BAHAGIAN

      1. Mewujudkan perkhidmatan perubatan dan rehabilitasi yang mantap selaras dengan perkhidmatan lain dalam usaha meningkatkan kesihatan mental dan fizikal pelanggan
      2. Memberi perkhidmatan berkualiti dan menunjukkan profesionalisme serta etika kerjaya yang murni dan prihatin selaras dengan masyarakat penyayang
      3. Mengambil bahagian dalam menyumbang kesihatan umum melalui proses perubatan kearah individu yang berdikari dari segi fizikal, mental, sosial, pekerjaan dan pembentukan masyarakat yang sihat dan produktif
      4. Menjadikan perubatan dan rehabilitasi sebagai satu bidang profesion yang dedikasi, komited dan disiplin serta mempunyai nilai-nilai kerjaya berorientasi wawasan ke arah mewujudkan satu budaya organisasi yang dinamik dan komited

Muat turun carta organisasi bahagian

OBJEKTIF BAHAGIAN

      1. Khidmat pemulihan diri untuk meningkatkan kapasiti klien supaya lebih berdikari dan menerima kekuarangan diri
      2. Khidmat pencegahan bagi menghindari klien dari terlibat dalam perbuatan salah laku, tidak berdisiplin, melanggar undang-undang, penyalahgunaan dadah dan sebagainya
      3. Khidmat kaunseling krisis kepada klien yang memerlukannya

Muat turun carta organisasi bahagian