Sejarah Penubuhan PLPP

LATAR BELAKANG

Cadangan awal pembinaan PLPP Bangi adalah di bawah RMK 3 (1976 - 1980). Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi adalah sebuah institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang memberikan perkhidmatan kepada orang kurang upaya (OKU) melalui latihan vokasional dan pemulihan perubatan. PLPP Bangi mula dibina pada 29 Ogos 1990 dan 0 ekar (9.878 hektar).

Pembinaan PLPP adalah merangkumi blok pentadbiran, wad dan rehabilitasi, bengkel dan kelas, asrama lelaki dan perempuan, dewan perdana, kompleks sukan, padang permainan dan kuarters kakitangan dengan kos berjumlah RM35,395,500 juta.

Fasa pertama pembinaan siap pada 19 Februari 1994 dan siap sepenuhnya pada 19 Mei 1996. Namun PLPP telah beroperasi sepenuhnya pada 1999 dan pengambilan pelajar pada Tahun 2000. 

 

LAWATAN RASMI PERDANA MENTERI MALAYSIA, Y.A.B. DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI KE PUSAT LATHAN PERINDUSTRIAN DAN PEMULIHAN (PLPP BANGI)

 

Pada 26 Julai 2006, PLPP Bangi telah di sempurnakan perasmiannya oleh Y.A.B. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Y.A.B. Perdana Menteri telah diringi oleh Y.B. Dato’ Seri Shahrizat bt. Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Y.Bhg. Dato’ Faizah binti Tahir, KSU Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dan Y.Bhg. En. Rafek bin Reshidullah, Ketua Pengarah JKM.

Di Majlis ini juga Y.A.B. Perdana Menteri turut melancarkan program Nada Nadi Komuniti dan logo baru Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia pada program berkenaan. Selepas selesai majlis perasmian, Y.A.B. Perdana Menteri telah melepaskan Konvoi Kembara Kebajikan.

 

LAWATAN RASMI PERDANA SEKITAR MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN PUSAT LATIHAN PERINDUSTRIAN DAN PEMULIHAN (PLPP) BANGI

 

Y.A.B PERDANA MENTERI SEDANG MENANDATANGANI PLAK PERASMIAN PLPP  

SALAH SEORANG KAKITANGAN SEDANG MENUNJUKAN DEMOSTRASI MENGGUNAKAN ALAT SENAMAN DI UNIT FISIOTERAPI

LAWATAN Y.A.B PERDANA MENTERI MELAWAT UNIT PEMULIHAN CARA KERJA

PLAK PERASMIAN PLPP BANGI OLEH Y.A.B PERDANA MENTERI